BIODATA DIRI

It's me, Ly

Assalamualaikum, hiiiiiiiii!✌✌✌




Kenalkan diri,

            Nama diberi Nur Alya Binti Abd Rahim tetapi mesra dipanggil Lya atau Ly. Kenapa Ly? Sebab di Malaysia ni terlalu ramai yang bernama "alya" cuma ejaannya sahaja yang berbeza. Kebanyakkan dieja menggunakan huruf 'i' seperti Alia, Aliah, Aliya, dan disebabkan itu... nama saya sering disalah eja dalam setiap senarai nama atau sijil-sijil sejak dibangku sekolah lagi. Saya juga suka meluangkan masa dengan melakukan aktiviti luar yang mendatangkan faedah buat diri sendiri. Selain itu, saya seorang yang "Ambivert". Adakala saya luangkan masa bersama rakan dan keluarga, dan adakala saya lebih selesa bersendirian.

        Sejak dibangku sekolah lagi, saya bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang pensyarah Bahasa Meelayu, dan kini saya sedang menuntut ilmu di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bachelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Kalau hendak diceritakan tentang hobi, saya tidaklah mempunyai hobi yang menarik... hanya mengumpul buku-buku puisi, mengarang puisi, dan makan, hahahaha itulah wanita... mereka tidak dapat jauh daripada makanan. Setakat itu sahaja untuk pengenalan diri saya kali ini, terima kasih pada yang sudi membaca.

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CLOSE-UP EMOSI

ASAS INFOGRAFI: SILUET

TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA