POST TIKTOK: HFMD

TIKTOK (HFMD)


Penerangan tentang HFMD

        Penyakit HFMD  adalah penyakit kaki, tangan dan mulut. Penyakit ini disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsakie Virus A16 (COxA16) dan Entervirus 71 (EV71). Penularan virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepun (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan ppada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. NAmun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitn EV71 boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.


Tanda dan gejala HFMD adalah seperti;

👉Demam

👉Sakit tekak

👉Sakit kepala

👉Hilang selera makan

👉Ulser pada tekan & mulut

👉Ruam dengan vesikel pada tangan, kaki & kawasan diaper.


Langkah-langkah kawalan dan pencegahan yang perlu diambil ialah;

👉Menjaga kebersihan diri dan persekitaran. 

👉 Ibu bapa atau penjaga perlu membawa kanak-kanak dengan gejala HFMD mendapatkkan rawatan.

👉Pengurus pusat jagaan kaank-kanak perlu menjalankan aktiviti pembersihan premis dan saringan terhadap kanak-kanak di bawah jagaan mereka.



Berikut merupakan pautan video tiktok tentang HFMD 

https://vt.tiktok.com/ZSd4xqvJB/?k=1 


Bukti Kehadiran Kelas Minggu Ke-8 (20/5/2022)






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CLOSE-UP EMOSI

ASAS INFOGRAFI: SILUET

TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA