ELEMEN ASAS GRAFIK
Asas grafik merupakan perkara asas yang penting diketahui dan difahami oleh semua yang berminat dalam penggunaan kamera, video serta apa juga bahan yang mengandungi grafik termasuklah imej yang berbentuk paparan. Asas grafik terdiri daripada lima elemen iaitu :-
Contoh-contoh elemen yang terdapat dalam gambar:-
Elemen: Mudah
Tema: Makanan
Foto ini menunjukkan sebuah kotak kurma yang sangat ringkas. Hal ini kerana, kotak kurma ini hanya menunjukkan sebiji kurma sahaja pada permukaan kotak sebagai tanda objek yang berada di dalamnya. Dengan hanya sekali pandang, kotak kurma ini menggunakan elemen mudah. Hal ini disebabkan kerana ilustrasi pada permukaan kotak begitu ringkas dan mudah.
Elemen: Mudah
Tema: Makanan
Gambar yang dipaparkan menunjukkan elemem mudah. Hal ini kerana, objek yang ingin ditonjolkan adalah sebungkus plastik roti. Gambar ini tidak menunjukkan perkara atau objek lain di sekelilingnya. Oleh itu, gambar sebungkus roti ini menunjukkan elemen mudah dengan hanya sekali pandang sahaja.
Rujukan : gambar sendiri
Elemen: Warna
Tema: Barang Perhiasan
Foto yang ditunjukkan adalah sebuah tasbih digital. Berdasarkan foto tersebut, elemen warna yang ditonjolkan sangat jelas. Di mana, warna lataar belakangnya adalah warna gelap dan warna objek utama ada warna cerah dan menonjol. Hal ini kerana, untuk menunjukkan objek utama, warna yang digunakan haruslah cerah dan menarik perhatian. Secara tidak langsung, permaian elemen warna dalam setiap foto adalah penting untuk objek utama.
Elemen: Warna
Tema: Pakaian
Berdasarkan foto yang ditunjukkan, penggunaan elemen warna adalah dari cerah ke gelap. Foto pakaian yang disusun mengikut urutan warna dari cerah ke gelap dapat memudahkan pengguna untuk membuat pilih dalam pemakaian seharian. Penyusunan pakaian mengikut warna dapat menunjukkan kekemasan dalam almari pakaian. Oleh itu, elemen warna memainkan peranan penting dalam menunjukkan perasaan pengguna dalam berpakaian.
Elemen: Teks
Tema: Barang Penjagaan Diri
Foto ini menunjukkan elemen teks yang pelbagai. Di mana teks pertama adalah teks yang berbeza dan bertulis "Marine Essence". Teks pertama berbeza kerana untuk menunjukkan jenama keluaran barangan tersebut. Teks kedua pula brbeza dengan yang pertama iaitu "BAMBOO SALT" bermaksud garam buluh. Ini menunjukkan bahawa produk ini adalah berasaskan daripada garam buluh. Oleh itu, elemem teks adalah sangat penting dalam menonjolkan sesuatu produk dan memberitahu maklumat tentang produk tersebut kepada pengguna.
Elemen: Teks
Tema: Barang Penjagaan Diri
Foto ini menunjukkan elemen teks "head & shoulders" iaitu untuk barangan penjagaan diri. Secara umumnya, pengguna mestilah mengetahui bahawa teks itu bermaksud "kepala & bahu". Selain itu, terdapat juga teks "MEN" di mana ia menunjukkan bahasa barangan ini adalah kegunaan untuk para lelaki sahaja. Penggunaan teks yang bersesuaian dan juga jelas adalah sangat penting untuk menarik perhatian pengguna.
Rujukan : gambar sendiri
Elemen: Kesesuaian
Tema: Alat Tulis
Foto yang ditunjukkan adalah alat tulis yang memiliki elemen kesesuaian. Hal ini kerana setiap alat yang ada di dalam bekas tersebut adalah fungsi sebagai alat tulis. Dalam bekas tersebut, mempunyai pen, pensel, gam, gunting, pisau, dan jam randik. Peralatan tersebut juga disusun mengikut kesesuaian, di mana pen diletakkan bersama pen, gam diletakkan bersama gam dan alatan tajam seperti gunting dan pisau diletakkan di satu tempat yang sama.
Elemen: Kesesuaian
Tema: Alat Tulis
Berdasarkan foto yang ditunjukkan, terdapat elemen kesesuaian. Di mana, alat tulis diletakkan di dalam sebuah bekas dan disusun mengikut saiz, warna dan kegunaannya. Foto ini menunjukkan elemen kesesuaian kerana terdapat alatan seperti pensel, pen, marker, gunting, dan berus warna. Semua barangan tersebut bersesuaian diletakkan di dalam satu bekas kerana tujuan penggunaannya adalah sebagai alat tulis.
Rujukan : gambar sendiri
Elemen: Keseimbangan
Tema: Perkakas Dapur
Berdasarkan foto yang ditunjukkan, adalah perkakas dapur iaitu periuk. Cara penyusunan periuk tersebut dari besar ke kecil dapat menunjukkan elemen keseimbangan. Keseimbangan dalam sebuah gambar dapat menampilkan objek sebagai perkara utama yang harus dilihat. Oleh itu, perkakas dapur ini disusun dengan keadaan yang seimbang.
Elemen: Keseimbangan
Tema: Haiwan
Berdasarkan foto yang ditunjukkan adalah seekor kucing. Foto ini memiliki elemen keseimbangan kerana kedudukan kucing tersebut adalah seimbang kiri dan kanan. Elemen keseimbangan dapat menarik perhatian penonton kerana objek yang seimbang dapat ditonjolkan sebagai objek utama. Oleh itu, keseimbangan juga penting dalam sesebuah gambar.
ROMULO PRODUCTION
Berikut merupakan pautan video persembahan ahli kumpulan saya bagi tajuk elemen asas grafik
Ulasan
Catat Ulasan