KETIKA DAN KALIMAT

KETIKA DAN KALIMAT

          Kelas pada minggu ke-14 adalah kelas terakhir bagi kursus Multimedia Dalam Bahasa. Walaupun saya seronok kerana kuliah bagi kursus ini telah habis tetapi saya juga berasa sedih kerana ini adalah kelas terakhir bagi skursus ini. Apa yang boleh saya katakan adalah kursus ini sangat menarik dan mampu mengasah bakat atau kemahiran pelajar dalam bidang multimedia. Hal ini kerana, dalam kursus ini sahaja saya telah belajar cara untuk mengambil gambar dengan kenal pasti asas fotografik yang baik supaya gambar yang diambil itu kelihatan cantik dan menarik. Slain itu, saya juga belajar bagaimanaa untuk membuat video yang menarik perhatian penonton dengan mempelajari ilmu asas videografi.

       Tidak dilupkan juga, bahawa dengan mempelajari kursus ini juga saya dapat mengembangkan bakat saya dalam multimedia misalnya, saya belajar untuk membuka akaun Tiktok, LinkedIn, dan yang paling menarik sekali adalh cara-cara untuk membuat akaun blog. Walaupun kuliah kursus ini telah tamat, saya berhasrat untuk meneruskan kemahiran saya dalam multimedia ini.

            Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Normliza kerana sudi mencurahkan ilmunya kepada kami dan mengajar kami dengan penuh kesabaran. Walaupun beliau sering memberikan kami tugasan yang banyak dalam tempoh yang agak singkat tetapi dengan cara itulah beliau telah membuatkan kami menjadi seseorang yang menepati masa dengan baik.

Sekali lagi, terima kasih kepada Prof. Dr. Normaliza dan juga rakan sekuliah saya💖😘


Bukti Kehadiran Kelas Minggu ke-14 (1/7/2022)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CLOSE-UP EMOSI

ASAS INFOGRAFI: SILUET

TUGASAN BBM3410 MULTIMEDIA DALAM BAHASA